Just for ALLAH

Monday, October 3, 2011

Dakwah itu Perlu Bersambung

Assalammualaykum warahmatullah hiwabarakatuh..

Lama juga meninggalkan dunia penulisan di blog. Selepas di'terminate' pada bulan lepas, saya bercadang membuka semula. Kerana dakwah itu perlu sentiasa berterusan biarpun ditentang habis-habisan. Bagi saya, ujian saya adalah terlalu kecil.. mungkin tak sampai 0.001% lagi. Tapi ini adalah tanggungjawap. Saya mesti laksanakan..


OK, saya mengerti sesuatu. Kadang kala apa yang kita katakana tak semua orang akan terima. Dakwah itu sangat mencabar bagi saya. Kita kadang kala cuba menyatakan kebenaran. Tapi, jangan haraplah semua orang akan percaya. Sebab mereka yang tak percaya akan kata “mana bukti??”.. Malah tuduh kita “suka percaya sebelah pihak”.. bla.. bla.. Sedangkan susah kita nak katakana yang kita benar-benar melihat sendiri kebenaran itu. Ya memang kita mendengar dan membaca kebenaran, tapi mereka yang tak faham akan terus judge kita. Kita menyokong pendapat buku dan tokoh itu. Padahal tokoh yang kita dengar bukan calang-calang orang. Tokoh yang berpengaruh. Namun saya baru faham, mereka mungkin tak kenal siapa tokoh yang mereka perlekehkan itu. Sama juga buku yang kita baca. Bila kita kongsikan pengisiannya, kita sekali lagi dituduh taksub atau percaya bulat-bulat tanpa merujuk sumber lain. Tidak adil untuk kita hanya percaya suatu buku tanpa merujuk sumber-sumber lain. Itu yang mereka katakanq. Sedangkan buku yang mereka tuduh itu bukan calang-calang buku. Buku tokoh Islam yang sangat berwibawa dalam perjuangan. Siapa lagi untuk kita percaya jika tokoh sebegini pun kita nak perlekehkan, saya tak tahu tokoh mana lagi untuk menjadi inspirasi kepada saya akan hakikat kehidupan..

Namun itulah lumrah kehidupan kita sebagai hambaNya. Kita yakin kebenaran itu adalah yang itu. Tapi belum tentu ada yang percaya kepada kita. Saya mula teringat kisah Rasulullah yang maksum pun orang memperlekehkan dakwahnya, apatah lagi kita. Kita hanya mampu berdoa, agar mereka mengetahui suatu hari nanti itulah sebenarnya kebenaran yang hakiki. Kita tak perlu debat, gaduh nak mempertahankan hujah kita, sebab diorang takkan percaya. Malah mempersoalkan. So, kita perlu mengalah. Asalkan kita sudah menyampaikan, kita sudah menunaikan tanggungjawap. Mereka nak percaya, itu antara dia dan Tuhan. Saya teringat kembali kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, bila Allah bertanya kepada kita kelak “adakah kita sudah sampaikan kepada sahabat kita?”. Kita mampu menjawap “Ya, aku sudah sampaikan”.

Saya suka kata-kata tokoh besar ini. Biarpun ada yang bergelar professor, ulama, doctor yang sering dipertikaikan kehebatan mereka oleh orang yang tidak mengerti, tetapi bagi saya tokoh-tokoh beginilah yang harus saya sanjungi kerana siapa lagi insan hebat saya nak contohi. Terpulang kepada persepsi mereka. Yang penting apa kita buat, kita sudah laksanakan.

1 comment:

  1. Adinda, anda terbaik dan terhabat! Teruskan jihad penamu..
    uhibbuki Fillah!

    ReplyDelete