Just for ALLAH

Thursday, October 6, 2011

Engineer Juga Hebat Dalam Mengenal Tuhan

Assalammualaykum wbt.. Lama tak tulis note la.. Rasa rindu utk menulis.. Seperti biasa mohon kemaafan jika cebisan ini mengandungi kesalahan tatabahasa mahupun sebutan ataupun penyampaian kerana mungkin ilmu saya masih di paras laut lagi. tidak timbul ke udara. Banyak lagi perlu dibelajar..


Kali ni saya nak share pasal profesion saya lar. Mungkin profession anda juga. saya baru terbaca 1 buku ni tulisan Ibn Rijal. tajuk buku ini ialah Bertanya Tentang Tuhan. Ni nama pena dia. Nama asal beliau Muhammad Nazri bin Rijal, lahir tahun 1990 (sebaya adek saya). Tapi telah menghasilkan sebuah buku yang sangat-sangat best bagi saya. Malu pula saya bila melihat seorang anak muda telah menghasilkan buku yang cukup bagus ini (aku bila lagi).. Kat cni bukan nak cerita pasal beliau, tapi nak share pengisian dalam tu. Banyak la yang dia cuba share dengan bahasa yg cukup mudah.. Kengkawan cuba la bacanya juga.. Paling saya suka bila penulis cuba memberi contoh simple utk mengupas suatu isu itu. Mungkin nak bagi pembaca faham..


Dalam satu topik tue, saya teruja dengan perbandingan antara orang agama dengan orang profesional. Saya bukanlah arif pasal bidang agama ini. Namun apa yang saya faham tidak salah kita menceburi pelbagai bidang kehidupan ni. Like doktor, lecturer, engineer, or arkitek or apa2 je la selain bidang agama. Sebab, bidang2 macam inilah yang sebenarnya membawa kita lebih mengenali Tuhan. Maaf, bukan memperlekehkan orang2 yang menceburi bidang agama. tapi sahabat saya ada berkata "engineer yg awak ambil inilah yang sebenarnya banyak membawa awak mengenali alam akhirat. Sebab awak belajar mende yang awak tak nampak".. Bila saya fikir, ada betulnya. Saya belajar pasal arus elektrik, audio speaker, line communication n so on la.. Saya tak nampak mende itu semua tapi kenapa saya percaya mende tu wujud. Kenapa rasa ada renjatan sedangkan kita tak nampak pun. Sama macam roh, denyutan jantung yang kita rasa ni. Kita yakin dia ada dlm jasad kita. Dia macam iman..


Iman kan bermaksud yakin dan percaya. Kadang2 kita yakin sesuatu tu,tapi belum tentu kita percaya. Contoh la saya seorang pemanah yang 'sangat' hebat. Ya, sangat hebat. Saya pasti dapat tembak anak panah tepat ke sasaran. Takkan tersilap. One day saya buat pertunjukkan. Saya suruh pekerja saya berdiri depan busar. Saya cakap, saya akan lontarkan anak panah betul2 tepat ke sasaran tanpa mengenai kepala pkerja saya. Ya, ternyata saya seorang yang hebat. Anak panah tadi memang tepat ke sasaran. Anda yang menonton bersorak mengagumi kehebatan saya. Lepas tu, saya buktikan kehebatan saya dengan melemparkan sebuah pisau tajam ke sasaran. Silap2 ari bulan ley terkena kepala pekerja saya tu. Namun, sekali lagi saya mampu membuktikan kehebatan saya. Penonton semakin yakin dengan saya. Anda juga pastinya begitu. Lepas tu, saya cuba cabar lagi penonton dengan menutup mata sambil melemparkan pisau ke busar tadi. Penonton yang melihat pasti gerun, namun percayalah. Orang yang hebat mampu membuktikan kehebatan. Sekali lagi juga, pisau tadi tepat ke sasaran tanpa mengenai kepala pekerja saya. Penonton semakin yakin dengan kehebatan saya. Lalu saya cuba mencabar para penonton dengan memanggil salah seorang daripada mereka untuk berdiri di hadapan busar dengan melakukan perkara yang sama. Dan penonton yg saya pilih adalah anda. Persoalan yang timbul, adakah anda benar2 yakin saya mampu melakukan adegan tadi dengan jayanya. Silap2, nyawa anda melayang. Walaupun anda tahu saya ni hebat, tapi pasti terdetik dihati anda rasa cuak, was-was.."boleh percaya ke ni".. Berpeluh kot. Kalau saya sendiri, saya pun takut nak menerima risiko. Tak maw..tak maw.. Macam itulah konsep yakin dan percaya. Kita yakin, namun belum tentu kita percaya. Tapi bila kita bulatkan keimanan kita, kuat keyakinan kita walaupun tanpa bukti atau hujah sekalipun, kita pasti percaya wujudnya Tuhan.


Berbalik kepada topik tadi, macam itulah apa yang saya rasa sebagai seorang bakal engineer (doakan la ye). Saya yakin bahawa profession ni lebih mendekati diri saya dengan Tuhan. Saya juga boleh menjadi zuhud dengan profession ini. Saya bukan nak kata saya ni zuhud, maksud saya bukan menjadi masalah kepada kita walaupun bukan di bidang agama, kita juga mampu menjadi seperti mereka malah lebih hebat lagi. Andai kita jadikkan bidang ini sebagai medium kita mendekati Tuhan. Ok, melalui penulis, dia menyatakan zuhud bukanlah bererti kita meninggalkan segala kesenangan dunia demi mencapai rasa cinta yang tinggi kpd akhirat, biarpun itulah konsep zuhud yang sebenar. Seperti mana Saidina Uthman seorang yang kaya raya, tetapi beliau tidak mencintai duni. Beliau sering solat berjemaah, solat malam, berzikir dll. Adakah kerana beliau kaya raya beliau tidak zuhud?? Contoh mudah lah kan, dua orang pelajar sorang tu kaya, sorang tu tak berapa miskin la.. Sorang tu ada kereta New Saga. Sorang tu ada motor EX5 jer. Diorang ni ada lifestyle masing2 la dalam kehidupan. Tapi bila tiba azan, si kaya ni terus memandu New Saga nya ke masjid untuk kejar solat jemaah. Manakala yang tak berapa miskin ni masih mengelap lagi motosikal EX5 nya sampai berkilat. So, kawan2 cuba tentukan mana yang lebih zuhud?? Jadik, penulis telah menghuraikan zuhud ni bukan bererti meninggalkan harta dunia dan berpuas hati dengan meminta-minta hanya kerana dambakan kehidupan akhirat. Tetapi zuhud membawa kita meninggalkan semua keseronokan dunia yang boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah dan negeri akhirat.


Itulah hebatnya jika kita benar-benar dapat menerima kehebatan bidang yang kita ceburi. Mungkin kita tidak nampak aplikasi ilmu kita kepada Islam. Yelah, amek bidang engineer, doktor, arkitek, hah apa lagi... Mana sempat nak belajar tauhid, ibadat, akhlak macam kat sekolah agama. Namun percayalah kengkawan, ilmu kita ini sebenarnya boleh mempelajari mengenai tauhid, ibadat, akhlak dan pelbagai ilmu agama. Dengan syarat, kita mesti sandarkan keilmuan kita kepada Tuhan. Apa buktinya?? Sebab cikgu saya pernah mengatakan, "saya tak halang kamu belajar engineer, sbb kita memang perlukan engineer. Engineer yg kita perlukan ialah engineer Muslim".


Pendakwah VS Doktor


Mari kita kaitkan antara pendakwah dengan seorang doktor. Seorang pendakwah bertahun-tahun lamanya berceramah mengenai "Takutlah kamu kepada Allah, kerana apabila kita mati, kita perlukan bekalan..bla..bla..".. Bagi penonton, berapa ramai yang mendengar dan mengambil iktibar?? Kita tidak mengendahkannya. kalau dengar pun, mungkin insaf sekejap je. 20 tahun kita mendengar ceramah, namun itu jugak lah sifat kita. Tapi cuba kawan-kawan bayangkan. Andai kawan2 pergi hospital untuk check kondisi kesihatan. Biasalah lama dah tak wat medical check-up. Pastu doktor tu pon checkla. Ni doktor yang Muslim la kan. Dia pun check punya check. Got it! Dia cakap "Kamu tak boleh idup lama. Buatlah amalan selagi ada masa". Ya ampun, cuba kawan2 bayangkan seorang doktor cakap kamu mcm tu. Agak2 apa kamu buat balik dari hospital tadi?? Kalau saya, confirm beramal bersungguh-sungguh punya. Sebab saya rasa yakin dengan doktor tu. Sama je sebenarnya mesej penceramah yang kita dengar berpuluh tahun dengan seorang doktor yang tak sampai 5 minit dia bercakap. Dua-dua menyuruh kita mengingati Tuhan. Tapi kita lebih terkesan dengan nasihat doktor. Sebab dia menggunakan ilmu untuk memberi peringatan kepada orang lain. Kalau kita dapat doktor yang tak membawa ciri2 Islam, mesti kita rasa biasa je. Balik rumah just makan ubat, rehat..


Siapa Ulul Albab??


"Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yg dikehendaki, dan sesiapa yg dikurniakan hikmah itu, merekalah yg

mendapat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan tidaklah diberikan peringatan melainkan kpd ulul albab.."

al-baqarah:269


Heh, siapa ulul albab ni ek?? yg saya tahu orang yang ingat Allah. Maksodnya macam Allah ni memang always in their heart lah... Everything is Allah. Yang saya tahu sebelum ni orag2 yang sokmo ingat Allah ni macam ustaz, para abid yg sentiasa berzikir siang dan malam. Rupanya saya rasa kita juga mampu menjadi golongan ini. InshaAllah sama2 kita doakan. Walaupun kita adalah Engineer. Sebab ada ayat Allah dlm surah Ali-Imran:191..


Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berharing, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."


Inilah dia golongan ulul albab.. Mereka sering mengkaji, memerhati setiap ciptaan Allah.. Cer tengok Allah cakap "org2 yg mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring....." pastu sambung "memikirkan penciptaan langit dan bumi"... Contohlah orang yang mengkaji ni seperti para saintis, astronomi, doktor mahupun Engineer. Adakah mereka ini adalah ulul albab juga?? Mereka boleh menjadi golongan ini JIKA mereka sentiasa ingat Allah dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring sambil merenung mengkaji akan ciptaan Allah di sekeliling mereka..


Kengkawan dapat faham tak mesej yang saya cuba kongsikan ini?? Apa yang menyebabkan golongan ulul albab ni istimewa sangat di sisi Allah?? Hah, mereka ini ada suatu kesedaran bahawa apa yang terjadik di sekeliling mereka ini tidak dijadikan dalam keadaan sia-sia. Pasti ada sebab kan??


Mereka tidak menumpukan ibadat siang dan malam semata-mata tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tetapi mereka mengambil tahu malah mengkaji serta membuat pemerhatian untuk menambahkan ilmu mereka serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Ya mungkin ibadat mereka tak setanding ibadat para abid, yang mungkin rajin solat siang malam, mengaji al-Quran setiap ruang waktu, namun kualiti ibadat para profesional ini sebenarnya lebih hebat kesan dari ilmu dan pemerhatian bidang yang mereka ceburi berbanding kauntiti ibadat yang banyak tanpa mempedulikan ciptaanNya.


Kesimpulan:


Ibn Rijal penulis buku ini membuatkan saya berfikiran lebih terbuka. Kita sebagai hamba atau kuliNya ini dianjurkan untuk memerhati dan mengkaji atau mengambil tahu akan ciptaanNya. Bukan buat bodoh je atau meremehkan hanya kerana pemerhatian itu bukanlah solat, zakat, puasa. Kita hidup di dunia ni bukan nak carik pahala, tapi keredhaan daripada Allah. Apa erti kejar pahala andai kita tidak mengenali siapa Tuhan kita.. Adakah hanya kerana kita mengucap syahadah, puasa, solat kita sah tergolong menjadi hambaNya??


Bagi saya, kita jangan sia-siakan ilmu yang kita ada ini. Teruskan memperjuangkan bidang kengkawan hingga akhirnya TETAPI hubungkanlah ilmu kalian dalam mengenal Tuhan. Sebab kalau kita fikir, orang kafir juga bekerja. Ada doktor, engineer, ahli sains, ahli fizik dll. Malah lagi hebat daripada kita. Tapi mereka tiada sandaran. Kita as a muslim, kita ada Allah. Maka, senang je. Kita kata kita ni Islam, pasti berbeza kita dengan mereka. Jika niat kita belajar, bekerja, dapat duit, gaji besar, rumah besar, sama misi kita dengan orang kafir. Sebab mereka pun matlamat sama dengan kita. Jadi, apa bezanya?? So, jum kawan-kawan kita sama2 berdoa dan ubah niat "aku bekerja, aku belajar ni sebab aku nak kenal Tuhan aku. Aku ni hamba Allah dan aku sayang Dia"...


Last sekali, saya hanya mengingatkan diri saya sendiri juga kengkawan semua, jadikan jurusan kita ini akan membawa kita mengenal Tuhan. Berbanggalah pada diri kawan-kawan kerana Allah takdirkan korang dalam bidang ini. Kita mampu menjadi hambaNya paling bertaqwa. Jom sama2 kita doakan. Ok, mohon maaf atas sebarang kekurangan mahupun kesilapan artikel ini. Sekadar perkongsian kecil.. Nak baca lebih lagi, sila dapatkan buku "Bertanya Tentang Tuhan". Bagi saya, buku ini sangat BEST~

Writer trainee

-Yard-



MY LATEST PROJECT 2011 LED-Based Message Display


1 comment:

  1. artikel yang bagus.. teruskan berda'wah menggunakan modal2 dan informasi yang berguna.. Semoga Allah memberkatimu..

    ReplyDelete