Just for ALLAH

Monday, November 7, 2011

Rindu NEW ZEALAND, Tawan CAMERON in MeMoRy'11



Hari ini aku sangat seronok. Aku telah sempurnakan tanggungjawap dalam menyiapkan satu pembikinan Filem Pendek 4 episod (termasuk thriller) yang telah dirakamkan di Bukit Cerakah dan Cameron Highland. Banyak kekurangan sebenarnya di sebalik pembikinan filem pendek ini. Aku pun dalam proses belajar. Lagipun, aku tidak menggunakan sebarang software, sekadar menggunakan sepenuhnya Windows Movie Maker XP yg telah sedia ada di Lappy kesayanganku. Mungkin kalau guna software lagi canggih kot (agaknya lar).

By the way, aku berpuas hati kerana aku telah diberi kebebasan sepenuhnya daripada sahabat aku yang terlibat. Mereka kata “belasah je jah ko nak buat apa. Kitorang wala’ jer”.. Itu lah ungkapan mereka. Apa lagi, aku pun buatlah apa yang aku rasa sesuai. Terima kasih tak terhingga kepada Nurul Khairani, Syarifah Nur Atikah, dan Amirah Najwa. Juga secara tak langsong kepada kakak Nurul Izzatie n Nurhafizah  kerana membantu bagi idea.sangat2 terharu dengan sokongan korang.

Sebenarnya takdelah plan rasmi utk buat filem ni. Yelah, yang aku ingat, aku rasa tak pernah tahu menahu pun diorang nak p jenjalan ni. Masa tu, aku penat giler balik kejer. Tido la petang tu sebab letih sangat. Last2, depa kejutkan, tidak dibenarkan berkata apa-apa, diorang suh ekot p suatu tempat. Aku punya blur2, dihitamkan daripada menyoal apa2. Yang penting follow jer. Dengan rasa berat hati aku nak tidur balik, tapi dihalang keras. Wow!! Garang giler masa tu kawan-kawan aku.

Tapi itulah rupanya, ini yang aku dapat. Aku rasa gembira dan bersyukur, rupanya ada sesuatu yang Allah beri pada kami. Dan idea untuk buat movie ini tidaklah dirancang, tetapi terlintas di hati “owh, wat video pon best jugak ni”. Dan tak sangka jugak dapat buat siri berantai. Aku ingat just 1 movie jer. Rupanya macam banyak benda kami nak share dengan kengkawan..

Diorang tanya, mcm mana aku buat video ni. Guna software apa.. cane pandai?? Sebab praktikal kat kilang Video ker.. Tapi hakikatnya, aku tidak belajar or di ‘train’ untuk itu. Aku guna jer movie maker yang ada ni, just do it. Memang tak guna kepakaran apa2 tu. Mungkinla nampak macam best sebab ‘sound effect’ dia kot. Aku combine lagu dengan music tu nampak best tu. Kalau diperhatikan betul2, gambar-gamba tu tak gerak mana pon. Takat ‘zoom in’, ‘zoom out’ je. Takde pun kecik besar, kiri kanan seperti mana software Windows 7 yg aku tengok sekarang ni. Kalau guna software, lagi lah meletup video2 tue.. namun, aku just guna aplikasi yang biasa nie jer. Carik sound2 yang mantop, terus aku masukkan dalam video ni. So, nak kata belajar kat mana2, memang takde la aku jujur cakap.

Aku sendiri tak pandai adobe fotoshop, edit2 gambar or lagu sebenarnya. Serius! Mungkin sebab aku suka gatal-gatal klik kot kat video tu, tu yang rasa macam hebat je pilih sound. Padahal, tak pandai pun.. Pura-pura.. hehe..

Alhamdulillah, tugas aku telah selesai. Aku mohon maaf kepada sahabat-sahabat, nukilan yang tak seberapa dalam video itu mungkin banyak kesilapannya. Aku pun sedang proses belajar. On the spot je idea2 yang keluar. Aku dapat belajar sumthing daripada diorang ni. Tak yah plan2.. adhock, on the spot baru jadik… Urm, ley pakai ker cara ni?? Takpelah, yang pasti inilah minat aku. Selain menulis aku suka mem’video’ kan sesuatu isu. Aku kurang mahir dala perbuatan dan percakapan. Aku harap one day, aku dapat ketengahkan bakat kecil aku ni. Sebab, aku rasa aku perlu banyak belajar.

Semoga kenangan ku bersama sahabat sepanjang pengembaraan ini membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan. Aku berpegang pada firman Allah:

 
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Mengembara amat dituntut. Kita tidak boleh menjadi orang yang static, duduk rumah membesarkan lemak-lemak je. Kita perlu keluar melihat keagungan Tuhan. Dan bukan picnic saja2 jer.. Pastikan apa yang kita lakukan ni, ada matlamat jelas. Iaitu kerana Tuhannya. Kerana kita lah hambaNya.. Kita juga KhalifahNya. Bermakna, kita adalah kuli dan pada masa yang sama kita adalah bos..

OK, terima kaseh kepada semua yg terlibat.. Rindu banget sama kamu semua Jah!!!




Part 1: IFTITAH [Pembukaan]

 Part 2: HAZA YAUMUNA [pertengahan]

http://www.youtube.com/watch?v=E7FtD3JFGhM
 (tak dapat diupload krn masalah teknikal)

Part 3: KHATIMAH [last chapter]


Thursday, October 6, 2011

Engineer Juga Hebat Dalam Mengenal Tuhan

Assalammualaykum wbt.. Lama tak tulis note la.. Rasa rindu utk menulis.. Seperti biasa mohon kemaafan jika cebisan ini mengandungi kesalahan tatabahasa mahupun sebutan ataupun penyampaian kerana mungkin ilmu saya masih di paras laut lagi. tidak timbul ke udara. Banyak lagi perlu dibelajar..


Kali ni saya nak share pasal profesion saya lar. Mungkin profession anda juga. saya baru terbaca 1 buku ni tulisan Ibn Rijal. tajuk buku ini ialah Bertanya Tentang Tuhan. Ni nama pena dia. Nama asal beliau Muhammad Nazri bin Rijal, lahir tahun 1990 (sebaya adek saya). Tapi telah menghasilkan sebuah buku yang sangat-sangat best bagi saya. Malu pula saya bila melihat seorang anak muda telah menghasilkan buku yang cukup bagus ini (aku bila lagi).. Kat cni bukan nak cerita pasal beliau, tapi nak share pengisian dalam tu. Banyak la yang dia cuba share dengan bahasa yg cukup mudah.. Kengkawan cuba la bacanya juga.. Paling saya suka bila penulis cuba memberi contoh simple utk mengupas suatu isu itu. Mungkin nak bagi pembaca faham..


Dalam satu topik tue, saya teruja dengan perbandingan antara orang agama dengan orang profesional. Saya bukanlah arif pasal bidang agama ini. Namun apa yang saya faham tidak salah kita menceburi pelbagai bidang kehidupan ni. Like doktor, lecturer, engineer, or arkitek or apa2 je la selain bidang agama. Sebab, bidang2 macam inilah yang sebenarnya membawa kita lebih mengenali Tuhan. Maaf, bukan memperlekehkan orang2 yang menceburi bidang agama. tapi sahabat saya ada berkata "engineer yg awak ambil inilah yang sebenarnya banyak membawa awak mengenali alam akhirat. Sebab awak belajar mende yang awak tak nampak".. Bila saya fikir, ada betulnya. Saya belajar pasal arus elektrik, audio speaker, line communication n so on la.. Saya tak nampak mende itu semua tapi kenapa saya percaya mende tu wujud. Kenapa rasa ada renjatan sedangkan kita tak nampak pun. Sama macam roh, denyutan jantung yang kita rasa ni. Kita yakin dia ada dlm jasad kita. Dia macam iman..


Iman kan bermaksud yakin dan percaya. Kadang2 kita yakin sesuatu tu,tapi belum tentu kita percaya. Contoh la saya seorang pemanah yang 'sangat' hebat. Ya, sangat hebat. Saya pasti dapat tembak anak panah tepat ke sasaran. Takkan tersilap. One day saya buat pertunjukkan. Saya suruh pekerja saya berdiri depan busar. Saya cakap, saya akan lontarkan anak panah betul2 tepat ke sasaran tanpa mengenai kepala pkerja saya. Ya, ternyata saya seorang yang hebat. Anak panah tadi memang tepat ke sasaran. Anda yang menonton bersorak mengagumi kehebatan saya. Lepas tu, saya buktikan kehebatan saya dengan melemparkan sebuah pisau tajam ke sasaran. Silap2 ari bulan ley terkena kepala pekerja saya tu. Namun, sekali lagi saya mampu membuktikan kehebatan saya. Penonton semakin yakin dengan saya. Anda juga pastinya begitu. Lepas tu, saya cuba cabar lagi penonton dengan menutup mata sambil melemparkan pisau ke busar tadi. Penonton yang melihat pasti gerun, namun percayalah. Orang yang hebat mampu membuktikan kehebatan. Sekali lagi juga, pisau tadi tepat ke sasaran tanpa mengenai kepala pekerja saya. Penonton semakin yakin dengan kehebatan saya. Lalu saya cuba mencabar para penonton dengan memanggil salah seorang daripada mereka untuk berdiri di hadapan busar dengan melakukan perkara yang sama. Dan penonton yg saya pilih adalah anda. Persoalan yang timbul, adakah anda benar2 yakin saya mampu melakukan adegan tadi dengan jayanya. Silap2, nyawa anda melayang. Walaupun anda tahu saya ni hebat, tapi pasti terdetik dihati anda rasa cuak, was-was.."boleh percaya ke ni".. Berpeluh kot. Kalau saya sendiri, saya pun takut nak menerima risiko. Tak maw..tak maw.. Macam itulah konsep yakin dan percaya. Kita yakin, namun belum tentu kita percaya. Tapi bila kita bulatkan keimanan kita, kuat keyakinan kita walaupun tanpa bukti atau hujah sekalipun, kita pasti percaya wujudnya Tuhan.


Berbalik kepada topik tadi, macam itulah apa yang saya rasa sebagai seorang bakal engineer (doakan la ye). Saya yakin bahawa profession ni lebih mendekati diri saya dengan Tuhan. Saya juga boleh menjadi zuhud dengan profession ini. Saya bukan nak kata saya ni zuhud, maksud saya bukan menjadi masalah kepada kita walaupun bukan di bidang agama, kita juga mampu menjadi seperti mereka malah lebih hebat lagi. Andai kita jadikkan bidang ini sebagai medium kita mendekati Tuhan. Ok, melalui penulis, dia menyatakan zuhud bukanlah bererti kita meninggalkan segala kesenangan dunia demi mencapai rasa cinta yang tinggi kpd akhirat, biarpun itulah konsep zuhud yang sebenar. Seperti mana Saidina Uthman seorang yang kaya raya, tetapi beliau tidak mencintai duni. Beliau sering solat berjemaah, solat malam, berzikir dll. Adakah kerana beliau kaya raya beliau tidak zuhud?? Contoh mudah lah kan, dua orang pelajar sorang tu kaya, sorang tu tak berapa miskin la.. Sorang tu ada kereta New Saga. Sorang tu ada motor EX5 jer. Diorang ni ada lifestyle masing2 la dalam kehidupan. Tapi bila tiba azan, si kaya ni terus memandu New Saga nya ke masjid untuk kejar solat jemaah. Manakala yang tak berapa miskin ni masih mengelap lagi motosikal EX5 nya sampai berkilat. So, kawan2 cuba tentukan mana yang lebih zuhud?? Jadik, penulis telah menghuraikan zuhud ni bukan bererti meninggalkan harta dunia dan berpuas hati dengan meminta-minta hanya kerana dambakan kehidupan akhirat. Tetapi zuhud membawa kita meninggalkan semua keseronokan dunia yang boleh melalaikan seseorang itu dari mengingati Allah dan negeri akhirat.


Itulah hebatnya jika kita benar-benar dapat menerima kehebatan bidang yang kita ceburi. Mungkin kita tidak nampak aplikasi ilmu kita kepada Islam. Yelah, amek bidang engineer, doktor, arkitek, hah apa lagi... Mana sempat nak belajar tauhid, ibadat, akhlak macam kat sekolah agama. Namun percayalah kengkawan, ilmu kita ini sebenarnya boleh mempelajari mengenai tauhid, ibadat, akhlak dan pelbagai ilmu agama. Dengan syarat, kita mesti sandarkan keilmuan kita kepada Tuhan. Apa buktinya?? Sebab cikgu saya pernah mengatakan, "saya tak halang kamu belajar engineer, sbb kita memang perlukan engineer. Engineer yg kita perlukan ialah engineer Muslim".


Pendakwah VS Doktor


Mari kita kaitkan antara pendakwah dengan seorang doktor. Seorang pendakwah bertahun-tahun lamanya berceramah mengenai "Takutlah kamu kepada Allah, kerana apabila kita mati, kita perlukan bekalan..bla..bla..".. Bagi penonton, berapa ramai yang mendengar dan mengambil iktibar?? Kita tidak mengendahkannya. kalau dengar pun, mungkin insaf sekejap je. 20 tahun kita mendengar ceramah, namun itu jugak lah sifat kita. Tapi cuba kawan-kawan bayangkan. Andai kawan2 pergi hospital untuk check kondisi kesihatan. Biasalah lama dah tak wat medical check-up. Pastu doktor tu pon checkla. Ni doktor yang Muslim la kan. Dia pun check punya check. Got it! Dia cakap "Kamu tak boleh idup lama. Buatlah amalan selagi ada masa". Ya ampun, cuba kawan2 bayangkan seorang doktor cakap kamu mcm tu. Agak2 apa kamu buat balik dari hospital tadi?? Kalau saya, confirm beramal bersungguh-sungguh punya. Sebab saya rasa yakin dengan doktor tu. Sama je sebenarnya mesej penceramah yang kita dengar berpuluh tahun dengan seorang doktor yang tak sampai 5 minit dia bercakap. Dua-dua menyuruh kita mengingati Tuhan. Tapi kita lebih terkesan dengan nasihat doktor. Sebab dia menggunakan ilmu untuk memberi peringatan kepada orang lain. Kalau kita dapat doktor yang tak membawa ciri2 Islam, mesti kita rasa biasa je. Balik rumah just makan ubat, rehat..


Siapa Ulul Albab??


"Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yg dikehendaki, dan sesiapa yg dikurniakan hikmah itu, merekalah yg

mendapat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan tidaklah diberikan peringatan melainkan kpd ulul albab.."

al-baqarah:269


Heh, siapa ulul albab ni ek?? yg saya tahu orang yang ingat Allah. Maksodnya macam Allah ni memang always in their heart lah... Everything is Allah. Yang saya tahu sebelum ni orag2 yang sokmo ingat Allah ni macam ustaz, para abid yg sentiasa berzikir siang dan malam. Rupanya saya rasa kita juga mampu menjadi golongan ini. InshaAllah sama2 kita doakan. Walaupun kita adalah Engineer. Sebab ada ayat Allah dlm surah Ali-Imran:191..


Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berharing, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."


Inilah dia golongan ulul albab.. Mereka sering mengkaji, memerhati setiap ciptaan Allah.. Cer tengok Allah cakap "org2 yg mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring....." pastu sambung "memikirkan penciptaan langit dan bumi"... Contohlah orang yang mengkaji ni seperti para saintis, astronomi, doktor mahupun Engineer. Adakah mereka ini adalah ulul albab juga?? Mereka boleh menjadi golongan ini JIKA mereka sentiasa ingat Allah dalam keadaan berdiri,duduk,berbaring sambil merenung mengkaji akan ciptaan Allah di sekeliling mereka..


Kengkawan dapat faham tak mesej yang saya cuba kongsikan ini?? Apa yang menyebabkan golongan ulul albab ni istimewa sangat di sisi Allah?? Hah, mereka ini ada suatu kesedaran bahawa apa yang terjadik di sekeliling mereka ini tidak dijadikan dalam keadaan sia-sia. Pasti ada sebab kan??


Mereka tidak menumpukan ibadat siang dan malam semata-mata tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tetapi mereka mengambil tahu malah mengkaji serta membuat pemerhatian untuk menambahkan ilmu mereka serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Ya mungkin ibadat mereka tak setanding ibadat para abid, yang mungkin rajin solat siang malam, mengaji al-Quran setiap ruang waktu, namun kualiti ibadat para profesional ini sebenarnya lebih hebat kesan dari ilmu dan pemerhatian bidang yang mereka ceburi berbanding kauntiti ibadat yang banyak tanpa mempedulikan ciptaanNya.


Kesimpulan:


Ibn Rijal penulis buku ini membuatkan saya berfikiran lebih terbuka. Kita sebagai hamba atau kuliNya ini dianjurkan untuk memerhati dan mengkaji atau mengambil tahu akan ciptaanNya. Bukan buat bodoh je atau meremehkan hanya kerana pemerhatian itu bukanlah solat, zakat, puasa. Kita hidup di dunia ni bukan nak carik pahala, tapi keredhaan daripada Allah. Apa erti kejar pahala andai kita tidak mengenali siapa Tuhan kita.. Adakah hanya kerana kita mengucap syahadah, puasa, solat kita sah tergolong menjadi hambaNya??


Bagi saya, kita jangan sia-siakan ilmu yang kita ada ini. Teruskan memperjuangkan bidang kengkawan hingga akhirnya TETAPI hubungkanlah ilmu kalian dalam mengenal Tuhan. Sebab kalau kita fikir, orang kafir juga bekerja. Ada doktor, engineer, ahli sains, ahli fizik dll. Malah lagi hebat daripada kita. Tapi mereka tiada sandaran. Kita as a muslim, kita ada Allah. Maka, senang je. Kita kata kita ni Islam, pasti berbeza kita dengan mereka. Jika niat kita belajar, bekerja, dapat duit, gaji besar, rumah besar, sama misi kita dengan orang kafir. Sebab mereka pun matlamat sama dengan kita. Jadi, apa bezanya?? So, jum kawan-kawan kita sama2 berdoa dan ubah niat "aku bekerja, aku belajar ni sebab aku nak kenal Tuhan aku. Aku ni hamba Allah dan aku sayang Dia"...


Last sekali, saya hanya mengingatkan diri saya sendiri juga kengkawan semua, jadikan jurusan kita ini akan membawa kita mengenal Tuhan. Berbanggalah pada diri kawan-kawan kerana Allah takdirkan korang dalam bidang ini. Kita mampu menjadi hambaNya paling bertaqwa. Jom sama2 kita doakan. Ok, mohon maaf atas sebarang kekurangan mahupun kesilapan artikel ini. Sekadar perkongsian kecil.. Nak baca lebih lagi, sila dapatkan buku "Bertanya Tentang Tuhan". Bagi saya, buku ini sangat BEST~

Writer trainee

-Yard-



MY LATEST PROJECT 2011 LED-Based Message Display


Monday, October 3, 2011

Dakwah itu Perlu Bersambung

Assalammualaykum warahmatullah hiwabarakatuh..

Lama juga meninggalkan dunia penulisan di blog. Selepas di'terminate' pada bulan lepas, saya bercadang membuka semula. Kerana dakwah itu perlu sentiasa berterusan biarpun ditentang habis-habisan. Bagi saya, ujian saya adalah terlalu kecil.. mungkin tak sampai 0.001% lagi. Tapi ini adalah tanggungjawap. Saya mesti laksanakan..


OK, saya mengerti sesuatu. Kadang kala apa yang kita katakana tak semua orang akan terima. Dakwah itu sangat mencabar bagi saya. Kita kadang kala cuba menyatakan kebenaran. Tapi, jangan haraplah semua orang akan percaya. Sebab mereka yang tak percaya akan kata “mana bukti??”.. Malah tuduh kita “suka percaya sebelah pihak”.. bla.. bla.. Sedangkan susah kita nak katakana yang kita benar-benar melihat sendiri kebenaran itu. Ya memang kita mendengar dan membaca kebenaran, tapi mereka yang tak faham akan terus judge kita. Kita menyokong pendapat buku dan tokoh itu. Padahal tokoh yang kita dengar bukan calang-calang orang. Tokoh yang berpengaruh. Namun saya baru faham, mereka mungkin tak kenal siapa tokoh yang mereka perlekehkan itu. Sama juga buku yang kita baca. Bila kita kongsikan pengisiannya, kita sekali lagi dituduh taksub atau percaya bulat-bulat tanpa merujuk sumber lain. Tidak adil untuk kita hanya percaya suatu buku tanpa merujuk sumber-sumber lain. Itu yang mereka katakanq. Sedangkan buku yang mereka tuduh itu bukan calang-calang buku. Buku tokoh Islam yang sangat berwibawa dalam perjuangan. Siapa lagi untuk kita percaya jika tokoh sebegini pun kita nak perlekehkan, saya tak tahu tokoh mana lagi untuk menjadi inspirasi kepada saya akan hakikat kehidupan..

Namun itulah lumrah kehidupan kita sebagai hambaNya. Kita yakin kebenaran itu adalah yang itu. Tapi belum tentu ada yang percaya kepada kita. Saya mula teringat kisah Rasulullah yang maksum pun orang memperlekehkan dakwahnya, apatah lagi kita. Kita hanya mampu berdoa, agar mereka mengetahui suatu hari nanti itulah sebenarnya kebenaran yang hakiki. Kita tak perlu debat, gaduh nak mempertahankan hujah kita, sebab diorang takkan percaya. Malah mempersoalkan. So, kita perlu mengalah. Asalkan kita sudah menyampaikan, kita sudah menunaikan tanggungjawap. Mereka nak percaya, itu antara dia dan Tuhan. Saya teringat kembali kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, bila Allah bertanya kepada kita kelak “adakah kita sudah sampaikan kepada sahabat kita?”. Kita mampu menjawap “Ya, aku sudah sampaikan”.

Saya suka kata-kata tokoh besar ini. Biarpun ada yang bergelar professor, ulama, doctor yang sering dipertikaikan kehebatan mereka oleh orang yang tidak mengerti, tetapi bagi saya tokoh-tokoh beginilah yang harus saya sanjungi kerana siapa lagi insan hebat saya nak contohi. Terpulang kepada persepsi mereka. Yang penting apa kita buat, kita sudah laksanakan.