Hari ini aku sangat seronok. Aku telah sempurnakan
tanggungjawap dalam menyiapkan satu pembikinan Filem Pendek 4 episod (termasuk
thriller) yang telah dirakamkan di Bukit Cerakah dan Cameron Highland. Banyak
kekurangan sebenarnya di sebalik pembikinan filem pendek ini. Aku pun dalam
proses belajar. Lagipun, aku tidak menggunakan sebarang software, sekadar
menggunakan sepenuhnya Windows Movie Maker XP yg telah sedia ada di Lappy
kesayanganku. Mungkin kalau guna software lagi canggih kot (agaknya lar).
By the way, aku berpuas hati kerana aku telah diberi
kebebasan sepenuhnya daripada sahabat aku yang terlibat. Mereka kata “belasah
je jah ko nak buat apa. Kitorang wala’ jer”.. Itu lah ungkapan mereka. Apa
lagi, aku pun buatlah apa yang aku rasa sesuai. Terima kasih tak terhingga
kepada Nurul Khairani, Syarifah Nur Atikah, dan Amirah Najwa. Juga secara tak langsong kepada kakak Nurul Izzatie n Nurhafizah kerana membantu bagi idea.sangat2 terharu
dengan sokongan korang.
Sebenarnya takdelah plan rasmi utk buat filem ni. Yelah,
yang aku ingat, aku rasa tak pernah tahu menahu pun diorang nak p jenjalan ni.
Masa tu, aku penat giler balik kejer. Tido la petang tu sebab letih sangat.
Last2, depa kejutkan, tidak dibenarkan berkata apa-apa, diorang suh ekot p
suatu tempat. Aku punya blur2, dihitamkan daripada menyoal apa2. Yang penting
follow jer. Dengan rasa berat hati aku nak tidur balik, tapi dihalang keras.
Wow!! Garang giler masa tu kawan-kawan aku.
Tapi itulah rupanya, ini yang aku dapat. Aku rasa gembira
dan bersyukur, rupanya ada sesuatu yang Allah beri pada kami. Dan idea untuk
buat movie ini tidaklah dirancang, tetapi terlintas di hati “owh, wat video pon
best jugak ni”. Dan tak sangka jugak dapat buat siri berantai. Aku ingat just 1
movie jer. Rupanya macam banyak benda kami nak share dengan kengkawan..
Diorang tanya, mcm mana aku buat video ni. Guna software
apa.. cane pandai?? Sebab praktikal kat kilang Video ker.. Tapi hakikatnya, aku
tidak belajar or di ‘train’ untuk itu. Aku guna jer movie maker yang ada ni,
just do it. Memang tak guna kepakaran apa2 tu. Mungkinla nampak macam best
sebab ‘sound effect’ dia kot. Aku combine lagu dengan music tu nampak best tu.
Kalau diperhatikan betul2, gambar-gamba tu tak gerak mana pon. Takat ‘zoom in’,
‘zoom out’ je. Takde pun kecik besar, kiri kanan seperti mana software Windows
7 yg aku tengok sekarang ni. Kalau guna software, lagi lah meletup video2 tue..
namun, aku just guna aplikasi yang biasa nie jer. Carik sound2 yang mantop,
terus aku masukkan dalam video ni. So, nak kata belajar kat mana2, memang takde
la aku jujur cakap.
Aku sendiri tak pandai adobe fotoshop, edit2 gambar or lagu
sebenarnya. Serius! Mungkin sebab aku suka gatal-gatal klik kot kat video tu,
tu yang rasa macam hebat je pilih sound. Padahal, tak pandai pun.. Pura-pura..
hehe..
Alhamdulillah, tugas aku telah selesai. Aku mohon maaf
kepada sahabat-sahabat, nukilan yang tak seberapa dalam video itu mungkin
banyak kesilapannya. Aku pun sedang proses belajar. On the spot je idea2 yang
keluar. Aku dapat belajar sumthing daripada diorang ni. Tak yah plan2.. adhock,
on the spot baru jadik… Urm, ley pakai ker cara ni?? Takpelah, yang pasti
inilah minat aku. Selain menulis aku suka mem’video’ kan sesuatu isu. Aku
kurang mahir dala perbuatan dan percakapan. Aku harap one day, aku dapat
ketengahkan bakat kecil aku ni. Sebab, aku rasa aku perlu banyak belajar.
Semoga kenangan ku bersama sahabat sepanjang pengembaraan
ini membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan. Aku berpegang pada firman Allah:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Mengembara amat dituntut. Kita tidak boleh menjadi orang
yang static, duduk rumah membesarkan lemak-lemak je. Kita perlu keluar melihat
keagungan Tuhan. Dan bukan picnic saja2 jer.. Pastikan apa yang kita lakukan
ni, ada matlamat jelas. Iaitu kerana Tuhannya. Kerana kita lah hambaNya.. Kita
juga KhalifahNya. Bermakna, kita adalah kuli dan pada masa yang sama kita adalah
bos..
OK, terima kaseh kepada semua yg terlibat.. Rindu banget sama kamu semua Jah!!!
Part 1: IFTITAH [Pembukaan]
Part 2: HAZA YAUMUNA [pertengahan]
http://www.youtube.com/watch?v=E7FtD3JFGhM
(tak dapat diupload krn masalah teknikal)
Part 3: KHATIMAH [last chapter]
No comments:
Post a Comment